Saturday 14 May 2011

AMALKAN KEJUJURAN DALAM MELAKSANAKAN TUGAS


Penyampaian cenderamata kepada Datin Dr hajah Fowzia bt. Osman

Jabatan Sains Sosial: Amanat daripada Pengarah IPG KBM iaitu Datin Dr. Hajah Fowzia bt. Osman menjadi kunci kepada warga Jabatan Sains Sosial untuk memberikan komitmen terhadap tugas seharian. Antara amanat yang beliau sampaikan ialah sebagai penjawat awam kita mestilah mengamalkan kejujuran dalam melaksanakan tugas harian. Beliau telah menyampaikan amanatnya dalam lawatan secara tidak rasmi  ke Jabatan Sains Sosial pada 29 April yang lalu. Dalam pertemuan tersebut yang turut dihadiri oleh Cik Hajah Fatimah bt. Idris, Dr Tuan Jah bt. Tuan Yusuf dan Pn Hajah Che Zainun bt. Omar, telah memberi ruang kepada para pensyarah Jabatan Sains Sosial untuk bersua muka secara lebih dekat dengan Pengarah IPG KBM yang baharu. Datin Dr Hajah Fowzia berharap para pensyarah dapat mematuhi segala aturan seperti mengisi borang kebenaran keluar jika ditugaskan keluar dari IPG KBM. Hal ini dapat menjamin keselamatan dan mengelakkan sebarang kesukaran jika berlaku perkara yang tidak diingini. Dalam pertemuan tersebut juga Datin Dr. Hajah Fowzia telah memberi ruang yang luas untuk para pensyarah Jabatan Sains Sosial membincangkan atau membuat pertanyaan sekiranya ada sebarang kemusykilan yang hendak dikemukakan.




No comments:

Post a Comment