Thursday 27 September 2012

Pertandingan Kreativiti dan Inovasi IPGM 2012

IPG Perempuan Melayu Melaka, 18 -19 September 2012: En Mohd Fauzi Haron dan Pn Nor Rul Azlifah Zulkafali telah menyertai pertandingan Kreativiti dan Inovasi IPGM 2012 di IPG Perempuan Melayu Melaka. Penyertaan ini adalah mewakili IPG Kampus Bahasa Melayu. Tajuk kretaiviti dan inovasi ialah Kit Melestarikan Alam : Alat Kecilkan Saya. Walaupun tidak mendapat sebarang tempat, peryertaan ini telah banyak memberi pendedahan dan pengalaman kepada kedua-dua pensyarah untuk menhasilkan inovasi pada masa akan datang.

Wednesday 25 July 2012

TEMA DAN LOGO HARI KEBANGSAAN 2012



BENDERA - Merupakan simbol negara Malaysia yang dicintai yang mempamerkan pencapaian cemerlang negara sejak merdeka. Merupakan kebanggaan setiap rakyat Malaysia kerana namanya kini terserlah di persada dunia.

55 - Melambangkan Kedaulatan Institusi Raja Berpelembagaan dan kedaulatan Negara yang telah dipertahankan sejak 55 Tahun.

M  -  Melambangkan perpaduan utuh masyarakat Malaysia yang berusaha mencapai kemajuan (Maju) dan kemakmuran (Makmur) negara sejak dari awal kemerdekaan dicapai.

erdeka  -  Melambangkan keunikan, liku-liku serta cabaran yang dihadapi oleh para pejuang dan pemimpin negara dalam memperjuang dan mempertahankan kemerdekaan serta kedaulatan negara.

Janji Ditepati  -  Melambangkan kesungguhan dan komitmen kerajaan dalam menunaikan janji kepada rakyat untuk membawa kemakmuran, kemajuan, kehidupan dan peluang ekonomi yang terbaik.

Lambang 1 Malaysia  - Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bersatu padu, bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.



Saturday 14 July 2012

Bengkel Bina Item Siri 2/2012





Bengkel Bank Item siri 2/ 2012 telah diadakan pada 5 dan 6 Julai 2012. Semua pensyarah Jabatan Sains Sosial terlibat dalam bengkel ini dan membina item soalan kursus yang mereka ajar. Tanggungjawab ini telah dilaksnaakan dengan sempurna dan dibimbing oleh En Abi Sarwan b. Rose dari Unit penilaian dan Peperiksaan IPG KBM. 

Sunday 20 May 2012

SAMBUTAN HARI GURU 2012

16 Mei 2012 (Rabu) - Satu jamuan makan tengahari anjuran Jabatan Sains Sosial (JSS) telah diadakan bagi meraikan Sambutan Hari Guru 2012.  Majlis dihadiri oleh pensyarah-pensyarah JSS IPGKBM dan berjalan dalam suasana ceria. Majlis turut diserikan lagi dengan acara pertukaran hadian antara pensyarah.  

Kalau memancing ikan kelah,
Jangan lupa pada sembilang;
Dalam hati tersemat sudah,
Jasa guru sentiasa dikenang.

      

  

  

  

"SELAMAT HARI GURU" untuk semua pensyarah JSS serta IPGKBM. "Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara", begitulah slogan  sambutan hari guru 2012. Semoga ia menjadi pembakar semangat kepada warga pendidik untuk mendidik anak bangsa.

SAMBUTAN HARI LAHIR

14 Mei 2012 (Selasa) - Satu sambutan hari lahir bagi pensyarah-pensyarah Jabatan Sains Sosial (JSS) yang tarikh lahirnya jatuh dalam bulan Januari hingga Mei telah diadakan di jabatan ini. Kami pensyarah-pensyarah di JSS mengucapkan "SELAMAT HARI LAHIR" kepada Puan Zainun bt. Abu Bakar (Ketua JSS), Puan Hasnah bt. Mohd Ali dan Puan Ramlah bt. Ghani. Semoga kalian dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Amin!



 
                                      
Walaupun majlis yang diadakan ringkas tetapi ia berjalan dalam suasana yang cukup meriah. Semoga majlis seumpama ini dapat merapatkan lagi hubungan silaturahim antara pensyarah-pensyarah di jabatan ini. Pada rakan-rakan pensyarah yang lain, giliran kalian akan tiba tidak lama lagi. Insyallah.   


                                     




                   



Tuesday 8 May 2012

Bengkel Pembinaan Modul PPG

Hotel Empress Sepang 8 - 11 Mei 2012. Beberapa pensyarah Jabatan Sains Sosial terlibat dalam Bengkel Pembinaan Modul PPG untuk kursus Semester 3. Kursus yang ditawarkan dalam semester 3 ialah WAJ3106 Hubungan Etnik . Pensyarah Hubungan Etnik yang terlibat ialah Dr Ramli Saadon dan En Rohimi. Selain Hubungan Etnik dua orang pensyarah Seni Dalam Pendidikan EN Mustakim Ayob dan Pn Hasnah Ali juga turut hadir untuk pembinaan modul PPG. Pn Zainun bt. Abu Bakar juga turut serta dalam bengkel ini.



Wednesday 14 March 2012

BENGKEL MULTIMEDIA KREATIF

Pada 8 dan 9 Mac 2012, telah berlangsung Bengkel Amali Multimedia Kreatif di Makmal Bahasa, IPGKBM. Bengkel selama 2 hari ini dianjurkan oleh Unit Pendidikan Seni Visual (PSV), Jabatan Sains Sosial. Objektif utama bengkel diadakan bertujuan untuk mendedahkan pensyarah PSV dan pelajar-pelajar terlibat dengan beberapa perisian penghasilan bahan multimedia (Photoshop, Corel Draw dan Corel Vidoe) bagi keperluan subjek PSV3109-Multimedia Kreatif dalam PSV yang baharu diperkenalkan pada semester ini di IPGKBM.

Peserta bengkel mencuba perisian multimedia

Bengkel yang sampaikan oleh Encik Zakariah Abd Gahani dari IPG Kampus Sultan Abdul Halim, Kedah ini dihadiri oleh seramai 28 orang pelajar dari semester 5D dan 3E . Turut hadir termasuklah beberapa orang pensyarah PSV serta pensyarah daripada Jabatan Teknologi Pendidikan.

Sesi penerangan fotografi
Sesi Amali fotografi

Peserta bengkel telah didedahkan dengan pengetahuan dan amali penggunaan perisian untuk kerja-kerja mengedit dan menghasilkan bahan multimedia. Diharapkan pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh daripada bengkel ini memberi manfaat kepada peserta bengkel. Pihak penganjur mengucap terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan bengkel ini. Mudah-mudahan pada masa akan datang bengkel seumpama ini akan dapat diadakan lagi.

Majlis penyampaian cenderamata kepada penceramah jemputan.

Monday 5 March 2012

SIMULASI PROSES AUDIT

IPG KBM , 6 Mac 2011. Proses simulasi audit sedang berjalan semasa kursus audit di bilik Pak Sako. Aktiviti ini sebagai proses pengukuhan ilmu yang diperoleh dalam kursus selama dua hari ini.



Sunday 4 March 2012

Kursus Auditor

IPG KBM, 5 dan 6 Mac 2012. Sebanyak empat orang pensyarah Jabatan Sains Sosial telah disenaraikan sebagai peserta kursus Auditor anjuran Sekretariat IPG KBM. Pensyarah yang terlibat ialah Pn Zainun bt. Abu Bakar, Dr fatimah bt Mohd Dahalan , Pn Noriza bt Sulaiman dan Pn Nor Rul Azlifah bt. Zulkafali. Tujuan kursus ini ialah untuk menyediakan pengalaman dan pengetahuan kepada pensyarah tentang proses audit. 

Sunday 26 February 2012

BENGKEL BANK ITEM SIRI 1/2012 ANJURAN JABATAN SAINS SOSIAL IPG KBM

Satu Bengkel Bank Item Siri 1/2012 telah dilaksanakan oleh Jabatan Sains Sosial (JSS) bertempat di Bilik Rais Yatim, IPG KBM. Bengkel ini berjalan selama dua hari iaitu mulai 15 Februari sehingga 16 Februari 2012, jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Penggubal item terdiri daripada semua pensyarah di JSS yang telah dilantik mengikut subjek yang telah ditentukan.

Thursday 2 February 2012

Selamat Datang Pengarah IPG Kampus Bahasa Melayu Baru

Pengarah IPG KBM, Datin Siti Hanifah binti Madarsa


Pada 7 Oktober 2011, IPGKBM telah menerima kedatangan pengarah baru Datin Siti Hanifah binti Madarsa. Ketua Jabatan dan pensyarah-pensyarah di Jabatan Sains Sosial Mengucapkan Selamat Datang kepada YBhg Datin ke IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur. Kami amat mengalu-alukan kehadiran YBhg Datin ke institut. Selamat menjalankan tugas.

Thursday 19 January 2012

Pergorbanan Seorang Guru


Seorang Guru yang sejati seharusnya memiliki ciri-ciri seorang penyabar, bersemangat tinggi dan ikhlas

Sunday 15 January 2012

TIGA PENSYARAH JSS IPG KBM DITAWARKAN PEMANGKUAN DG 48

Tiga pensyarah Jabatan Kajian Sosial IPG KBM ditawarkan Pemangkuan PPPS Gred DG44 Ke Gred DG48 yang berkuatkuasa bermula 16 November 2011 . Mereka yang terlibat terdiri daripada:


1. Dr. Tajulddin Bin Muhammad bertukar ke IPG Kampus Tawau, Sabah
2. En. Salehuddin Bin Zakaria bertukar ke IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur
3. Pn. Ramlah Binti Ghani bertukar ke IPG Kampus Miri, Sarawak


Tahniah diucapkan kepada mereka yang terlibat. Diharapkan mereka dapat menunjukkan prestasi yang terbaik di tempat bertugas baru mereka