Friday 20 May 2011

Selamat Ulang Tahun

Selamat ulang tahun kelahiran buat Pn Zainun bt. Abu Bakar (14 mei), Puan Hasnah (10 Mei), En Hamdan b. Misram (9 April), Pn Ramlah Ghani (10 April), Pn Maimunah bt. Samat (Jun) dan Pn Wak Chu (Jun). Moga panjang usia, dimurahkan rezeki dan diberikan kesempurnaan kesihatan untuk meneruskan tanggungjawab yang murni. Sudah menjadi satu tradisi bagi Jabatan Sains Sosial menyambut ulang tahun kelahiran secara beramai-ramai 3 kali dalam setahun iaitu Jan - Jun, Julai - Oktober dan Nov - Disember. Moga usaha ini akan dapat mengeratkan hubungan antara warga Jabatan .

Saturday 14 May 2011

AMALKAN KEJUJURAN DALAM MELAKSANAKAN TUGAS


Penyampaian cenderamata kepada Datin Dr hajah Fowzia bt. Osman

Jabatan Sains Sosial: Amanat daripada Pengarah IPG KBM iaitu Datin Dr. Hajah Fowzia bt. Osman menjadi kunci kepada warga Jabatan Sains Sosial untuk memberikan komitmen terhadap tugas seharian. Antara amanat yang beliau sampaikan ialah sebagai penjawat awam kita mestilah mengamalkan kejujuran dalam melaksanakan tugas harian. Beliau telah menyampaikan amanatnya dalam lawatan secara tidak rasmi  ke Jabatan Sains Sosial pada 29 April yang lalu. Dalam pertemuan tersebut yang turut dihadiri oleh Cik Hajah Fatimah bt. Idris, Dr Tuan Jah bt. Tuan Yusuf dan Pn Hajah Che Zainun bt. Omar, telah memberi ruang kepada para pensyarah Jabatan Sains Sosial untuk bersua muka secara lebih dekat dengan Pengarah IPG KBM yang baharu. Datin Dr Hajah Fowzia berharap para pensyarah dapat mematuhi segala aturan seperti mengisi borang kebenaran keluar jika ditugaskan keluar dari IPG KBM. Hal ini dapat menjamin keselamatan dan mengelakkan sebarang kesukaran jika berlaku perkara yang tidak diingini. Dalam pertemuan tersebut juga Datin Dr. Hajah Fowzia telah memberi ruang yang luas untuk para pensyarah Jabatan Sains Sosial membincangkan atau membuat pertanyaan sekiranya ada sebarang kemusykilan yang hendak dikemukakan.




Thursday 12 May 2011

KEPELBAGAIAN ILMU SAINS SOSIAL

Jabatan Sains Sosial merupakan satu jabatan di IPG KBM yang mempunyai kepelbagaian bidang. Hal ini dianggap sebagai satu keunikan yang tidak terdapat di jabatan-jabatan yang lain.
             Dalam Jabatan Sains Sosial terdapat empat bidang utama iaitu Pengajian Sosial, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik dan Kemahiran Hidup. Bagi mata pelajaran bidang Pengajian Sosial pula terkandung pelbagai disiplin ilmu seperti Sejarah, Geografi, Ekonomi, Sains Politik, Sosiologi dan Tamadun Dunia. Disebabkan kepelbagaian bidang ilmu yang terdapat dalam Jabatan Sains Sosial para pensyarahnya juga terdiri daripada pelbagai kepakaran. Justeru,  pensyarah di Jabatan Sains Sosial akan mengajar mengikut kepakaran masing-masing. Oleh sebab itu, jumlah jam mengajar para pensyarah di jabatan ini adakalanya agak tidak seimbang kerana bergantung kepada kursus-kursus yang ditawarkan pada setiap semester dan mengikut kepakaran masing-masing.


Buletin bil 1 2011