Pendidikan Seni Visual



Kursus PSV 3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual
(Teaching and Learning of Visual Art Education)

  •  melibatkan teori dan amali dalam pengajaran dan pembelajaran. (Sila rujuk - Agihan Tajuk). Modul ini mengandungi dua tajuk iaitu Tajuk 1 – Perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran setiap Bidang Kegiatan mengikut Tahap 1 dan 2 (Topik 2 teori dalam proforma), Tajuk 2 – Meneroka Alat dan Bahan mengikut tema (Topik 1 amali dalam proforma).
  • Modul ini juga disertakan aktiviti dan latihan untuk pengukuhan pembelajaran. 
  • Terdapat beberapa aktiviti dan latihan yang disediakan bagi setiap tajuk. Aktiviti dan latihan tersebut termasuk pemerhatian, penerokaan, pengalaman langsung dan apresiasi setiap bidang kegiatan mengikut tahap, minat dan latar belakang. Tema, isi kandungan, alat dan bahan untuk setiap bidang kegiatan. Imaginasi dan ekspresi kanak-kanak .
  • Mengumpul dan memproses maklumat sesuai dengan Tahap 1 dan Tahap 2.
  • Mengubahsuai maklumat mengikut minat dan latar belakang murid.
  • Membuat penilaian maklumat mengikut pengetahuan sedia ada murid.
  • Meneroka tajuk dan isi kandungan mengikut tema alam persekitaran / sosiobudaya
  • Setiap tajuk disertakan latihan bertulis berbentuk analisis dalam setiap topik yang dipelajari. Setiap ulasan tersebut akan dibimbing dengan persoalanpersoalan disusuli dengan sumber rujukan yang berkaitan.
  • Latihan ini harus disiapkan dalam jangkamasa yang ditetapkan. Hasil kerja pelajar yang telah disiapkan hendaklah dihantar kepada pensyarah secara e-mel atau bersemuka. Sebagai memantapkan lagi kefahaman setiap tajuk dalam kursus ini, pelajar dinasihatkan membuat banyak rujukan dan pembacaan. Pelajar juga digalakkan menghubungi pensyarah untuk mendapatkan maklumat lanjut yang berkaitan dengan topik-topik yang dipelajari.

No comments:

Post a Comment