ABSTRAK PENYELIDIKAN



KEFAHAMAN D AN KESEDARAN PELAJAR KPLI SR TERHADAP PENERAPAN NILAI PATRIOTISME DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN



Nor Rul Azlifah bt. Zulkafali

Ramli b. Saadon, PhD
(Dibentangkan dalam Seminar Penyelidikan IPG KBM 2010)

Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk meninjau kefahaman dan kesedaran pelajar KPLI SR terhadap penerapan nilai patriotisme dalam pengajaran dan pembelajaran. Sebanyak 41 orang pelajar KPLI SR  telah dipilih menjadi responden dalam kajian ini. Kajian telah dilakukan dalam bentuk kajian tinjauan dengan menggunakan kaedah kuantitatif bagi mendapatkan hasil dalam bentuk kekerapan dan peratus. Dapatan kajian menunjukkan peratusan yang tinggi penerimaan responden terhadap pandangan yang dinyatakan dalam soal selidik. Contoh penghayatan terhadap simbol dan tarikh sebanyak 73.2 peratus sangat setuju menyatakan menghormati bendera Malaysia membuktikan semangat patriotisme. Hal ini membuktikan bakal-bakal guru yang menjadi responden mempunyai tahap kefahaman dan kesedaran yang tinggi terhadap penerapan nilai patriotisma dalam pengajaran dan pembelajaran. Hasil daripada kajian juga telah menyenaraikan beberapa implikasi dan beberapa cadangan juga dikemukakan untuk kajian lanjutan. Antara cadangan kajian lanjutan ialah kajian tentang penerapan nilai patriotisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran bukan bidang Sains Sosial.

Kata kunci : kefahaman, kesedaran, nilai patriotisme.
  

 _________________________________________________________________


Kaji Selidik Terhadap Pensyarah Tentang Kesedaran dan Amalan Pendidikan Alam Sekitar Serta Penerapan Pendidikan Alam Sekitar

Nor Rul Azlifah bt. Zulkafali
Jabatan Sains Sosial IPG Kampus Bahasa Melayu
(Dibentangkan dalam Seminar Penyelidikan IPG KBM 2011

Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk meninjau kesedaran dan amalan  pensyarah terhadap terhadap Pendidikan Alam Sekitar dalam pengajaran dan pembelajaran. Sebanyak 48 orang pensyarah IPG Kampus Bahasa Melayu  telah dipilih menjadi responden dalam kajian ini. Kajian telah dilakukan dalam bentuk kajian tinjauan dengan menggunakan kaedah kuantitatif bagi mendapatkan hasil dalam bentuk kekerapan dan peratus. Dapatan kajian menunjukkan keseluruhan responden bersetuju menyatakan Pendidikan Alam Sekitar penting. Namun begitu, walaupun responden bersetuju Pendidikan Alam Sekitar itu penting tetapi kepekaan dan amalan oleh responden menunjukkan sikap yang berbeza. Hal ini dibuktikan apabila  hanya 39 orang responden sahaja yang peka dengan kempen Kitar semula sampah. Manakala 2 orang responden sahaja yang sedar tentang kempen kitar semula minyak masak dan 4 orang responden sedar tentang kempen pengharaman plastik dan polisterine. Berkaitan dengan PASMK pula, hampir keseluruhan responden iaitu 91.7% tahu tentang  PASMK tetapi hanya 75% sahaja yang berjaya memberikan pengertian sebenar PASMK. Hasil daripada kajian juga telah menyenaraikan  beberapa cadangan juga dikemukakan untuk kajian lanjutan. Antara cadangan kajian lanjutan ialah keberkesanan penerapan PAS dalam pengajaran dan pembelajaran, keupayaan pengamalan PAS dalam kalangan pelajar IPG dan pengenal pasti kegagalan penerapan dan pelaksanaan PASMK dalam pengajaran dan pembelajaran.
Kata kunci : Pendidikan Alam Sekitar, Kesedaran dan Amalan



 __________________________________________________________________



Pelaksanaan Penerapan Pendidikan Alam Sekitar Dalam Kalangan Guru Praktikum

Nor Rul Azlifah bt. Zulkafali
Zulkifly b. Hussin
Jabatan Sains Sosial IPG Kampus Bahasa Melayu
(Kajian ini telah dibentangkan dalam Seminar  Pendidikan Kebangsaan Pada 11-12 November 2013 di Hotel Corpthorne Pualau Pinang anjuran USM & IPG KDA)

Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk meninjau kesedaran guru PISMP menerapkan Pendidikan Alam Sekitar semasa pengajaran dan pembelajaran ketika menjalani praktikum. Sebanyak 199 orang guru pelatih  IPG Kampus Bahasa Melayu  telah dipilih menjadi responden dalam kajian ini. Kajian telah dilakukan dalam bentuk kajian tinjauan dengan menggunakan kaedah kuantitatif bagi mendapatkan hasil dalam bentuk kekerapan dan peratus. Dapatan kajian secara umumnya masih terdapat responden yang tidak menyedari peranan pendidikan alam sekitar merentas kurikulum berpunca daripada kurangnya bimbingan daripada pensyarah sendiri. Hal ini dibuktikan apabila  40 orang (20.1%) responden tidak pernah menerima bimbingan tentang pendidikan alam sekitar merentas kurikulum. Namun begitu walaupun tidak mendapat bimbingan secukupnya mereka  banyak menggunakan elemen pendidikan alam sekitar iaitu sebanyak 92 orang iaitu 46.2% kerap menggunakan elemen alam sekitar dalam pengajaran dan pembelajaran.  Hasil daripada kajian juga telah menyenaraikan  beberapa cadangan juga dikemukakan untuk kajian lanjutan. Antara cadangan kajian lanjutan ialah keberkesanan penerapan PAS dalam pengajaran dan pembelajaran, keupayaan menerapkan pendidikan alam sekitar dan kaedah sesuai yang boleh digunakan dalam usaha meningkatkan kualiti penerapan pendididkan alam sekitar dalam pelbagai mata pelajaran.
Kata kunci : Pendidikan Alam Sekitar, Kesedaran Alam Sekitar, Amalan , penerapan  dan nilai alam sekitar .


 _________________________________________________________________


Elemen Penerapan Pendidikan Alam Sekitar Dalam Teks Bahasa Melayu Tahun 6

Nor Rul Azlifah bt. Zulkafali
Zulkifly b. Hussin
Jabatan Sains Sosial IPG Kampus Bahasa Melayu
(Dibentangkan dalam Seminar Antarabangsa Pedagogi  Bahasa Melayu, Bahasa Indonesia & Bahasa-bahasa lain pada 18-20 JUN 2014 di IPG Kampua Bahasa Melayu)

Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk meninjau kandungan elemen Pendidikan Alam Sekitar yang terdapat dalam Bukut Teks Bahasa Melayu Tahun 6.  Dalam konteks ini dua aspek yang dikaji ialah kekerapan elemen yang digunakan dan isu alam sekitar yang dikemukakan. Kajian telah dilakukan dalam bentuk analisis dokumen Buku Teks Tahun 6. Dapatan kajian secara umumnya terdapat tiga bentuk elemen Pendidikan Alam Sekitar yang terkandung dalam Buku Teks Tahun 6 iaitu elemen gambar, elemen petikan dan elemen puisi. Elemen yang paling tinggi digunakan ialah elemen gambar iaitu berjumlah 33 kali (48.5%). Sementara, dari segi isu yang digunakan terdapat isu secara terus berkaitan alam sekitar dan ada isu yang secara perlu dihubungkait secara kreatif dan kritis. Hasil daripada kajian juga telah menyenaraikan  beberapa  cadangan dikemukakan untuk kajian lanjutan.  Antara cadangan kajian lanjutan ialah keberkesanan penggunaan Buku Teks dalam usaha penerapan Pendidikan Alam Sekitar dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dan kaedah sesuai yang boleh digunakan untuk meningkatkan kualiti penerapan pendidikan alam sekitar dalam pengajaran Bahasa Melay menggunakan Buku Teks.
Kata kunci : Buku Teks, Pendidikan Alam Sekitar, Kesedaran Alam Sekitar, Amalan , penerapan  dan nilai alam sekitar



No comments:

Post a Comment