Tuesday 17 June 2014

BENGKEL PT & REFLEKSI PRAKTIKUM



                          


IPG KBM-  15 Februari 2014 , Bengkel pemantapan Penulisan PT dan   Praktikum kepada pelajar PISMP semester 7 Pengajian Sosial telah diadakan pada 15 February 2014. Sementara itu pada 1 Mac 2014 pula telah    diadakan refleksi praktikum kepada semua PISMP semester 7.

KURSUS PROFESIONALISME PENSYARAH JABATAN SAINS SOSIAL





TASIK KENYIR— MAC  10-13,  yang lalu Jabatan Sains Sosial telah mengadakanKursus Profesionalisme Pensyarah Siri 1/2014. Kursus PERASA yang telah dibimbing oleh Puan Aisyah b. Ghani dari Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG KBM telah mencapai matlamat penganjurannya Matlamat kursus ialah untuk memberi pendedahan kepada pensyarah JSS tentang program PERASA.











Sunday 16 June 2013

Bengkel Pembinaan Soalan Hots







Dewan Pak Sako IPG KBM - 14 Februari 2013 satu bengkel pembinaan soala HOTs telah diadakan khas untuk ahli Jabatan Sains Sosial. Fasilitator yang menyampaikan infomarsi ialah Pn Zawiah bt. Syukur dari Jabatan Pengembangan dan Kebudayaan Melayu dan Pn Rayahin Zarifah dari Jabatan Ilmu Pendidikan. Dalam bengkel ini ahli JSS telah diperkenalkan dengan soalan-soalan yang bersifat HOTs. Ilmu yang diperoleh amat berguna untuk memantapkan kemahiran dalam membina item soalan.

Mesyuarat Terakhir dengan Pn Zainun Abu Bakar




JSS IPGKBM - 4 Januari 2013. Hari ini merupakan mesyuarat terakhir dengan mantan KJ Jabatan Sains Sosial yang akan bertukar ke IPG Ilmu Khas kerana dinaikkan pangkat DG 52. Tahniah kepada Pn Zainun dan diharapkan semoga lebih sukses.

Thursday 27 September 2012

Pertandingan Kreativiti dan Inovasi IPGM 2012

IPG Perempuan Melayu Melaka, 18 -19 September 2012: En Mohd Fauzi Haron dan Pn Nor Rul Azlifah Zulkafali telah menyertai pertandingan Kreativiti dan Inovasi IPGM 2012 di IPG Perempuan Melayu Melaka. Penyertaan ini adalah mewakili IPG Kampus Bahasa Melayu. Tajuk kretaiviti dan inovasi ialah Kit Melestarikan Alam : Alat Kecilkan Saya. Walaupun tidak mendapat sebarang tempat, peryertaan ini telah banyak memberi pendedahan dan pengalaman kepada kedua-dua pensyarah untuk menhasilkan inovasi pada masa akan datang.

Wednesday 25 July 2012

TEMA DAN LOGO HARI KEBANGSAAN 2012



BENDERA - Merupakan simbol negara Malaysia yang dicintai yang mempamerkan pencapaian cemerlang negara sejak merdeka. Merupakan kebanggaan setiap rakyat Malaysia kerana namanya kini terserlah di persada dunia.

55 - Melambangkan Kedaulatan Institusi Raja Berpelembagaan dan kedaulatan Negara yang telah dipertahankan sejak 55 Tahun.

M  -  Melambangkan perpaduan utuh masyarakat Malaysia yang berusaha mencapai kemajuan (Maju) dan kemakmuran (Makmur) negara sejak dari awal kemerdekaan dicapai.

erdeka  -  Melambangkan keunikan, liku-liku serta cabaran yang dihadapi oleh para pejuang dan pemimpin negara dalam memperjuang dan mempertahankan kemerdekaan serta kedaulatan negara.

Janji Ditepati  -  Melambangkan kesungguhan dan komitmen kerajaan dalam menunaikan janji kepada rakyat untuk membawa kemakmuran, kemajuan, kehidupan dan peluang ekonomi yang terbaik.

Lambang 1 Malaysia  - Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bersatu padu, bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.



Saturday 14 July 2012

Bengkel Bina Item Siri 2/2012





Bengkel Bank Item siri 2/ 2012 telah diadakan pada 5 dan 6 Julai 2012. Semua pensyarah Jabatan Sains Sosial terlibat dalam bengkel ini dan membina item soalan kursus yang mereka ajar. Tanggungjawab ini telah dilaksnaakan dengan sempurna dan dibimbing oleh En Abi Sarwan b. Rose dari Unit penilaian dan Peperiksaan IPG KBM.